Awal hidup Frederick Douglass

Dalam perhambaan

Frederick Augustus Washington Bailey lahir dalam keluarga hamba di sebuah ladang antara Hillsboro[8] dan Cordova di pesisiran timur Teluk Chesapeake, Kaunti Talbot, Maryland.

Beliau berdarah campur - ibunya keturunan kacukan Asli Amerika dan Afrika serta juga Eropah,[9] manakala ayahnya "jelasnya orang kulit putih" menurut sejarawan David W. Blight[10] Beliau dipisahkan daripada ibu kandungnya pada usia kecil, dan hidup bersama neneknya, Betty Bailey. Beliau dipindahkan ke ladang Wye House pada usia enam tahun.[11] Selepas mandor peladangan itu meninggal dunia, Frederick diserahkan kepada keluarga Auld di mana beliau dibawa untuk mengerjakan ladang milik Hugh Auld di Baltimore; beliau menyatakan keadaan di sana di mana beliau diberikan layanan lebih baik daripada di ladang-ladang sebelumnya.[10]

Ketika Frederick berusia 12 tahun, Sophia Auld iaitu isteri Hugh, mula mengajarnya menulis dan membaca dengan baik dan murah hati menurut beliau.[12] Namun, perkara tersebut tidak disukai Hugh yang melihat pendidikan tersebut akan mendorong hamba-hamba menuntut kebebasan,[13] sehingga Sophia ditegur atas tindakannya itu.

Pembebasan

Beliau mula melarikan diri dari Freeland namun gagal. Beliau membuat percubaan kedua melarikan diri dari Covey pada tahun 1836, namun beliau tetap gagal lagi. Pada tahun berikutnya, beliau mula mengenali Anna Murray, seorang warga kulit hitam merdeka, pada tahun 1837; perasaan cinta beliau kepada Anna membangkitkan lagi keinginan beliau memerdekakan diri.

Dari sana, beliau menaiki kapal wap sepanjang Sungai Delaware sehingga singgah di Philadelphia, Pennsylvania, sebuah kota yang dihuni penduduk yang anti-perhambaan. Frederick meneruskan perjalanannya sehingga ke Bandar Raya New York di sebuah rumah milik seorang abolisionis.

Frederick dan Anna berkahwin dalam suatu upacara Presbyterian beberapa hari selepas beliau memerdekakan diri,[14][15] mereka mengambil nama akhir Johnson agar tidak dapat dikesan.[14] Nama keluarga mereka kemudiannya ditukar lagi ke nama "Douglass" atas saranan seorang kawan Frederick yang pada ketika itu telah membaca sajak The Lady of the Lake nukilan Walter Scott.[nota 1][16]

Beliau menyertai jemaah Gereja Zion Episkopal Metodis Afrika yang turut dianggotai Sojourner Truth dan Harriet Tubman.[17] Beliau menjadi seorang pendakwah bertauliah di sana pada 1839,[18] and this helped him hone his oratorical skills. Douglass also joined several organizations in New Bedford, and regularly attended abolitionist meetings.

Rujukan

WikiPedia: Frederick Douglass http://www.biography.com/people/frederick-douglass... http://www.southcoasttoday.com/apps/pbcs.dll/artic... http://frederickdouglassdiary.wikispaces.com/ http://www.library.rochester.edu/index.cfm?PAGE=24... http://docsouth.unc.edu/neh/douglasslife/menu.html //archive.org/search.php?query=((subject:%22Dougla... //doi.org/10.2307%2F2507394 http://www.frederick-douglass-heritage.org/biograp... http://www.frederick-douglass-heritage.org/later-y... http://www.gutenberg.org/author/Douglass,+Frederic...